1.
Kumpulan belajar tidak diurus secara betul
-
Perbincangan dan belajar secara berkumpulan yang tidak diurus dengan sitematik
akan membazirkan masa serta tidak dapat mencapai objektif yang ditetapkan.
2.
Komunikasi tidak berkesan
- Tiada atau kurangnya komunikasi yang jelas
antara calon dan rakan-rakan atau guru-guru berhubung sesuatu topik akan
menyebabkan banyak masa diambil untuk menjelaskan segala kekeliruan. Malah,
maklumat yang betul perlu disalurkan semula dan ini pasti memakan masa.
3.
Kurang kemahiran mendengar
-
Akibat kemahiran mendengar yang tidak efektif akan menyebabkan anda tertinggal
maklumat penting dan terpaksa mencari semula maklumat yang sepatutnya didengar
terlebih dahulu.
4.
Menyibuk terhadap urusan orang lain
-
Sikap menyibuk terhadap kerja orang lain yang tidak berkaitan dengan urusan
diri sendiri bukan sahaja menyakitkan hati orang lain malah turut mengganggu
kerja serta membuang masa semua pihak.
-
Selain itu, masa juga terbuang bila kita melakukan aktiviti yang tiada kaitan
dengan usaha untuk mencapai kecemerlangan akademik seperti berbual kosong,
melepak dan bermain komputer.
5.
Gangguan luar ketika mengulang kaji
-
Ajakan kawan untuk bermain, rancangan menarik di televisyen dan kerenah
adik-beradik boleh menjejaskan tumpuan serta menyebabkan ulang kaji terpaksa
diulang semula.
6.
Tidak cekap mengendalikan perkakasan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
-
Tiada pengetahuan dan Kurang cekap mengendalikan peralatan ICT ketika mengakses
bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga menjadi faktor banyak masa
terbuang untuk mempelajarinya.
7.
Membuat tugasan tanpa keutamaan
-
Gagal memberi keutamaan kepada tugas-tugas tertentu juga menyebabkan banyak
tugas dilakukan pada masa yang sama tetap satu pun tidak boleh diselesaikan.
No comments:
Post a Comment