Monday, 31 December 2012
Monday, 24 December 2012
10 Perkara Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Duit
Percayakah anda di zaman
materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja
bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi
nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak
boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang
diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah,
merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di
zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.
Tetapi walau bagaimana pentingnya
duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit
1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan
masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan
hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap
kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada
orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan
anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita
terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun
wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.
2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi
inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda
boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau
membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh
menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang
kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik
yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.
3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian
yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak
boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang
baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian
yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang
membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa
keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya,
bukan “duitnya”.
4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan
wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang
tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi
pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak
pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.
5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan
pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima,
fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar
dengan menjadi teman dalam suka dan duka.
6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk
membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan
kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada
mengubati .
7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang
mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya
berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil
dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti
kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha
yang anda lakukan sendiri.
8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat
tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut,
misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di
bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.
9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi
sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana
yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi,
jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.
10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian,
barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi
sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.
Wednesday, 14 November 2012
Monday, 15 October 2012
Program Minda Bestari
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, UNIT PSS SMKSIS akan menganjurkan Program Minda Bestari bertempat di SMK SULTAN IBRAHIM (1) pada hari Rabu
(17/10/2012). Antara program yang disajikan pada hari tersebut pameran AADK di Galeri PIBG dan Ceramah Kerjaya Serta Bengkel Kerjaya Anjuran Jabatan Tenaga Kerja Kelantan (JTK). Pada hari tersebut akan diadakan beberapa pertandingan antaranya kuiz minda, teka berat / bilangan muka surat buku dan teka silang kata. Hadiah disediakan kepada para pemenang......
JOM SERTAI KAMI...... UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KUNJUNGI PSS SMKSIS.
Friday, 5 October 2012
Tips Menghadapi Hari Peperiksaan
1. SEMAK JADUAL
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan
masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti
diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini
kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji
pada hari pertama peperiksaan. Jika melakukan demikian, bermakna anda telah
membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak
dipelajari.
2.
KUNCI PEPERIKSAAN
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut
calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu,
selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan. Oleh itu, anda
jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas
peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan
anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan
berpanjangan.
3. TENTUKAN KEUTAMAAN
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan
mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal
ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya
merangkumi semua. Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek
dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. BANYAK MENGINGAT DAN MEMBUAT KAITAN
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti
dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda
digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu
kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda,
asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. MERANCANG PERSIAPAN PEPERIKSAAN
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi
menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
A.Pertama,
Sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh
beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar
secara berterusan. Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil
peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan
membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda
mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan.
Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga
lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh
sakit. Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi
tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar
sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan
menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang
anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran.
Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan
yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia
seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang
berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda
perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya
peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak
sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal
dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari
peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi
kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
B.Kedua,
Pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke
sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda
bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat
bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah. Ingat, perbuatan tergesa-gesa
menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat
menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan
minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya. Ketika berada
dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah
peperiksaan itu sebagai perkara biasa.
Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah
nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan
oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang.
Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda
fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar
itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang
ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu.
Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita
pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya
tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi
soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah
kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan
sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan
terakhir. Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan
masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal
sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
C.Ketiga,
Selepas peperiksaan. Setelah menduduki
sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan
atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika
didapati jawapan anda terpesong atau salah. Jika ini berlaku, anda mungkin
hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan
berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab
soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. ELAKKAN TERBABIT DENGAN SITUASI YANG BOLEH
MENGGANGGU
PERASAAN
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin
dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja
dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu,
berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan
terhadap peperiksaan.
7. BERDOA DAN BERTAKAWAL
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa
yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin
dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi.
Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah
senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai
kejayaan.
Friday, 21 September 2012
Monday, 10 September 2012
Tahukah Anda Tentang Pusat Sumber Sekolah???
Definisi Pusat Sumber Sekolah (PSS)
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dasar Pusat Sumber Sekolah
Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
Strategi Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut:
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang
sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan
terkini.
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan
kemajuan teknologi maklumat masa kini.
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang
menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan
aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses
pengajaran dan pembelajaran.
Objektif Pusat Sumber Sekolah
• Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi
membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir
yang kritis
• Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua
warga sekolah
• Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran,
penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
• Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
Peranan Pusat Sumber Sekolah
Pusat Ilmu
• Pusat Penemuan
• Pusat Pengajaran dan Pembelajaran
• Pusat Pengajaran
• Pusat Profesional
• Pusat Hubungan Masyarakat
Fungsi Pusat Sumber Sekolah
• Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang
dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga
sekolah.
• Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau
kumpulan.
• Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian,
penghasilan dan penggunaan maklumat.
• Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan
berfungsi.
• Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Halatuju Pusat Sumber Sekolah
Program dan halatuju PSS di Malaysia adalah sejajar dengan perkembangan ICT masa kini. PSS kini bukan hanya terdiri daripada bahan cetak semata-mata (buku, surat khabar, jurnal, majalah) malah merangkumi bahan berbentuk elektonik dan digital (courseware, e-bahan, eduweb TV, e-book, audio book, e-jurnal, newspaper online).
Program dan halatuju PSS tidak boleh lari daripada dua dokumen berikut:
• The School Library Manifesto: The school library in teaching and learning for all
(IFLA/UNESCO 2000)
• The IFLA/UNESCO School Library Guidelines (2002)
Kedua-dua dokumen ini menjadi asas kepada perancangan dan pembangunan PSS di Malaysia.
Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pusat Sumber Sekolah
• Perkhidmatan Sirkulasi Bahan
Sirkulasi bahan di sesebuah PSS perlu mengambil kira saiz koleksi, jumlah pengguna dan
keperluan pengguna.
Sirkulasi bahan terdiri daripada:
a. Pinjaman biasa
b. Pinjaman khas
c. Pinjaman berkelompok
Sirkulasi bahan juga boleh dibuat antara PSS / perpustakaan awam melalui pinjaman antara perpustakaan (inter-library loan) bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna.
• Perkhidmatan Khidmat Nasihat / Rujukan
Khidmat nasihat / rujukan perlu diberi kepada warga sekolah berkaitan perkara berikut :
• Pemilihan bahan
• Pencarian maklumat
• Rekabentuk, pembinaan dan penggunaan bahan P&P
• Penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
• Perkhidmatan Kesedaran Semasa
PSS perlu menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan maklumat atau judul terkini yang terdapat di PSS.
Perkhidmatan ini boleh disediakan melalui sumber berikut :
a. laman web sekolah / PSS
b. keratan akhbar
c. muka surat kandungan majalah
d. bibliografi beranotasi
e. senarai bahan terkini
f. abstrak dan indeks bahan terpilih
g. pangkalan data bibliografi sumber PSS
h. pameran buku baru
• Perkhidmatan Pendidikan Pengguna
Program pendidikan pengguna perlu disediakan secara terancang dan berterusan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan program, aktiviti dan perkhidmatan PSS di samping memberi kemahiran kepada mereka berkaitan penggunaan kemudahan PSS dan pencarian maklumat.
• Perkhidmatan Papan / Sudut Maklumat
Akses kepada maklumat sekolah / PSS perlu disediakan melalui papan / sudut maklumat yang ditempatkan di lokasi yang strategik.
• Perkhidmatan Pengurusan Sumber Maklumat
Perkhidmatan ini perlu disediakan mengikut keperluan dan kemampuan sekolah. Akses kepada pangkalan data sumber maklumat pelbagai bidang ilmu sama ada dalam atau luar negara perlu disediakan melalui laman web sekolah atau PSS.
• Perkhidmatan kemudahan bilik / ruang
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perkhidmatan yang boleh disediakan oleh PSS adalah seperti berikut :
• Bilik Tayangan / Audio Visual / Multimedia
• Pusat Akses Kendiri
• Sudut Bercerita / Aktiviti
• Sudut / Bilik Perbincangan
• Bilik Rakaman
• Perkhidmatan Reprografi
Perkhidmatan ini disediakan untuk percetakan, memuat turun maklumat digital dan membuat salinan bahan.
• Perkhidmatan Akses Maklumat
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk mengakses maklumat menggunakan kemudahan Internet atau Intranet.
Subscribe to:
Posts (Atom)



