Antara kemudahan yang disediakan oleh Unit Pusat Sumber SMK Sultan Ibrahim (1) kepada para pelajar dan guru ialah :
Buku Rujukan yang meliputi semua mata pelajaran yang dianggarkan melebihi 27 000 buah buku rujukan.
Buku Fiksyen dalam bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina
Ruang Bacaan pelajar yang boleh memuatkan seramai 60 orang pelajar dalam satu sesi.
Sudut Angkasawan yang menempatkan gambar dan fakta tentang angkasawan negara
Sudut Buku Baharu iaitu buku yang sahaja baaru diterima oleh pihak PSS dan dipamerkan di rak
Sudut Akhbar yang menyajikan berita terkini dalam akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan The Star
Sudut Reakreasi dan Pameran yang menempatkan ruangan santai untuk para pelajar membaca buku disamping melihat pameran yang di pamerkan didalam almari terutama barangan sejarah
Sudut Nilam yang menempatkan ruangan khas untuk membaca dan ruangan ini di dekorasikan seperti berbilik.
Sudut Carta Organisasi yang menempatkan Carta Organisasi induk, Pengawas PSS
Sudut Bacaan Guru dan pelawat iaitu satu sudut yang telah dikhaskan untuk guru dan pelawat untuk membaca
Sudut Majalah yang menempatkan beberapa buah majalah yang terkini kepada pelajar dan guru seperti Majalah PC, Keluarga, Solusi, Minda,
Sudut Rujukan Khas iaitu Green Spot dan Red Spot yang menempatkan himpunan buku-buku terbitan khas dan ensklopedia.
Sudut ICT Alumni yang menempatkaan 4 buah laptop untuk kegunaan para pelajar membuat rujukan di alam maya.
No comments:
Post a Comment