Sunday, 28 April 2013
MAKLUMAN JUALAN BUKU SEMPENA MAJLIS GRADUASI DAN PESTA KOKURIKULUM 2013
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamar malam kepada semua rakan FB PSS SMKSIS.Makluman kepada semua warga SIS, Jualan Buku akan diadakan pada 29/4/2013 dan 30/4/2013 sempena Majlis Graduasi dan Pesta Kokurikulum 2013. Jualan Buku oleh Syarikat Muda Osman(SMO) bertempat di Galeri PIBG. Semua pelajar dan guru bolehlah menggunakan kad SMO untuk mendapat potongan harga istimewa. Pelbagai bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah, novel akan dijual dengan harga murah. Jom, marilah ramai-ramai ke Galeri PIBG untuk membeli buku.Membaca Jambatan Ilmu.
Friday, 22 February 2013
Friday, 15 February 2013
30 Fakta Menarik Tentang Buah- Buahan
1.
Kajian tentang pertumbuhan epal dipanggil pomology
2.
Orang yang ada alahan tehadap getah (latex) mungkin juga akan alah dengan buah
kiwi
3.
Buah lemon diberikan pada tentera British untuk mengelakkan penyakit scurvy
(kekurangan
vitamin c)
4.
Terdapat lebih 400 jenis buah kiwi di China
5. Strawberry tergolong dalam keluarga bunga ros
6.
Jika anda memanaskan buah lemon sebelum memerahnya, ia akan menghasilkan lebih
banyak jus
7.
Terdapat lebih 20 billion kelapa yang dihasilkan setiap tahun
8.
1/3 daripada buah nenas yang terdapat di dunia dihasilkan di Hawaii
9.
California menghasilkan 1 billion pound strawberry setiap tahun
10.
buah plum Jepun sebenarnya berasal dari negara China
11.
Sebatang pokok epal mampu berbuah sehingga 100 tahun
12.
Terdapat lebih 1200 jenis tembikai yang tumbuh seluruh dunia dalam 96 negara
13.
Orang biasa secara puratanya makan lebih kurang 65 biji epal setahun
14.
Buah pear akan menghasilkan titik hitam jika disimpan dalam persekitaran yang
kurang
oksigen
15.
Pokok lemon yang matang mampu menghasilkan diantara 1000 hingga 2000 buah
setahun
16.
Buah plum tumbuh dalam semua benua di dunia kecuali Antartika
17.
Bahagian dalam kulit pisang boleh digunakan untuk mengilatkan kasut kulit
18.
Limau nipis bebas daripada kandungan lemak, lemak tepu, natrium dan kolestrol
19.
Kebanyakkan vitamin C yang ada pada buah pear terdapat pada kulit buah tersebut
20.
Mangga mempunyai kandungan vitamin C yang sama banyak dengan buah oren
24.
Anda boleh menggosok bahagian dalam kulit pisang pada kulit untuk merawat
gatal-gatal
akibat gigitan nyamuk
22.
Lebih banyak mangga dimakan setiap hari seluruh dunia berbanding buah lain
23.
Terdapat lebih kurang 10,000 jenis buah epal yang tumbuh di seluruh dunia
24.
Lemon mempunyai lebih banyak kandungan gula berbanding strawberry
25.
Tambahkan setengah cawan jus lemon pada cucian anda untuk mendapat cucian yang
lebih putih berseri
26.
Pisang mempunyai kandungan vitamin B-Complex yang tinggi yang dapat membantu
menenangkan sistem saraf
27.
Buah pear mampu kekal hidup pada suhu serendah -40 darjah celcius
28.
Jika anda menanam sebiji benih buah oren, anda mungkin akan mendapat lebih
daripada
sebatang pokok
29.
Mangga tergolong dalam keluarga yang sama dengan poison ivy
30.
25% daripada kandungan buah epal adalah udara. Sebab itu ia terapung di atas
permukaan air
Saturday, 9 February 2013
Selamat Tahun Baru Cina 2013
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, UNIT PSS SMKSIS ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua rakan fb PSS dan kepada warga sekolah guru dan pelajar yang berbangsa cina.
GONG XI FA CAI
Monday, 4 February 2013
Memperkemas Keperibadian Diri
Beberapa
langkah perlu dilaksanakan untuk memastikan aspek keperibadian ini berada di
peringkat yang cemerlang.
Kekemasan
Kekemasan
ini ada kaitannya dengan kebersihan. Kekemasan bermula dengan diri seperti pakaian, rambut, hingglah kepada
peringkat tingkah laku, budi bahasa dan
kesopanan. Kekemasan ini juga diperluaskan kepada kebersihan fizikal seperti
persekitaran bilik darjah, persekitaran sekolah, kantin, tandas dan sebagainya.
Jika
murid dapat mengamalkan budaya yang kemas dan bersih maka ia mempunyia nilai
keperibadian yang disanjung tinggi.
Oleh itu tindakan segera perlulah diambil untuk membuat
penambahbaikan terhadap kelemahan yang ada pada aspek-aspek yang
dinyatakan di atas.
Kepekaan
Kepekaan
bermaksud kesedaran atas apa yang berlaku pada diri atau pada persekitaran.
Seseorang murid haruslah peka terhadap tujuan ia datang ke sekolah. Walaupun sekolah berfungsi sebagai institusi pendidikan tetapi sekolah juga berfungsi sebagai sebuah institusi sosial.
Hal
ini bermakna di sekolah kita berlatih untuk hidup bersama berlandaskan satu
bentuk peraturan. Setiap murid akan berinteraksi antara satu sama lain tanpa
mementingkan diri sendiri. Setiap kemudahan yang ada di sekolah harus dikongsi
bersama dan ia merupakan kemudahan awam yang harus dihargai bersama. Kepekaan ini akan menghalang kita daripada
bertindak mengikut hawa nafsu, merosak
harta benda sekolah dan melanggar peraturan sekolah.
Kematangan
Kematangan
seseorang murid bukan hanya bergantung pada umur atau tahap persekolahannya
sahaja. Ada murid tingkaan lima tetapi kematangannya berada di tahap tingkatan
satu tetapi ada juga murid tahun lima yang kematangnnya berada di tahap
tingkatan tiga.
Berlari
ketika makan, mengganggu rakan ketika guru mengajar atau bercakap perkara yang
tidak berfaedah adalah sebahgian daripada ciri-ciri murid yang tidak matang.
Kematangan merangkumi aspek pertuturan, pemikiran dan tindakan.
Kematangan
ini menjadi kayu pengukur keperibadian seseorang itu. Bertutur secara sopan,
berfikir untuk mengeluarkan idea yang bernas dan bertindak berlunaskan
ketatasusilaan, mencerminkan kematangan seseorang murid.
Justeru,
setiap murid perlu mengorak langkah memperkemas diri agar melalui keperibadian
yang tinggi ini dapat mencerminkan kemuliaan etika dan kerohanian kita supaya
kita dihormati dan disegani hinggalah ke peringkat dunia.
7 Faktor Masa Terbuang
1.
Kumpulan belajar tidak diurus secara betul
-
Perbincangan dan belajar secara berkumpulan yang tidak diurus dengan sitematik
akan membazirkan masa serta tidak dapat mencapai objektif yang ditetapkan.
2.
Komunikasi tidak berkesan
- Tiada atau kurangnya komunikasi yang jelas
antara calon dan rakan-rakan atau guru-guru berhubung sesuatu topik akan
menyebabkan banyak masa diambil untuk menjelaskan segala kekeliruan. Malah,
maklumat yang betul perlu disalurkan semula dan ini pasti memakan masa.
3.
Kurang kemahiran mendengar
-
Akibat kemahiran mendengar yang tidak efektif akan menyebabkan anda tertinggal
maklumat penting dan terpaksa mencari semula maklumat yang sepatutnya didengar
terlebih dahulu.
4.
Menyibuk terhadap urusan orang lain
-
Sikap menyibuk terhadap kerja orang lain yang tidak berkaitan dengan urusan
diri sendiri bukan sahaja menyakitkan hati orang lain malah turut mengganggu
kerja serta membuang masa semua pihak.
-
Selain itu, masa juga terbuang bila kita melakukan aktiviti yang tiada kaitan
dengan usaha untuk mencapai kecemerlangan akademik seperti berbual kosong,
melepak dan bermain komputer.
5.
Gangguan luar ketika mengulang kaji
-
Ajakan kawan untuk bermain, rancangan menarik di televisyen dan kerenah
adik-beradik boleh menjejaskan tumpuan serta menyebabkan ulang kaji terpaksa
diulang semula.
6.
Tidak cekap mengendalikan perkakasan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
-
Tiada pengetahuan dan Kurang cekap mengendalikan peralatan ICT ketika mengakses
bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga menjadi faktor banyak masa
terbuang untuk mempelajarinya.
7.
Membuat tugasan tanpa keutamaan
-
Gagal memberi keutamaan kepada tugas-tugas tertentu juga menyebabkan banyak
tugas dilakukan pada masa yang sama tetap satu pun tidak boleh diselesaikan.
Wednesday, 23 January 2013
Salam Maulidur Rasul 1434H
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, UNIT PSS SMK SULTAN IBRAHIM (1), ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul 1434H.
HIDUPKAN SUNNAH RASULLULAH...
HIDUPKAN SUNNAH RASULLULAH...
Subscribe to:
Posts (Atom)