Monday, 31 December 2012
Monday, 24 December 2012
10 Perkara Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Duit
Percayakah anda di zaman
materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja
bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi
nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak
boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang
diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah,
merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di
zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.
Tetapi walau bagaimana pentingnya
duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit
1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan
masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan
hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap
kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada
orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan
anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita
terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun
wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.
2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi
inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda
boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau
membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh
menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang
kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik
yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.
3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian
yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak
boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang
baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian
yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang
membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa
keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya,
bukan “duitnya”.
4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan
wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang
tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi
pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak
pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.
5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan
pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima,
fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar
dengan menjadi teman dalam suka dan duka.
6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk
membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan
kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada
mengubati .
7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang
mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya
berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil
dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti
kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha
yang anda lakukan sendiri.
8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat
tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut,
misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di
bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.
9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi
sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana
yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi,
jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.
10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian,
barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi
sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)