Buat jadual ulangkaji yang sistematik bagi setiap mata pelajaran yang kita ambil.
Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun lepas berserta skema jawapan kerana ia dapat membantu kita memahami kehendak soalan.
Jangan lupa untuk menyediakan nota-nota ringkas. Ini dapat membantu kita sebelum memasuki dewan peperiksaan dengan melihat beberapa fakta-fakta yang ringkas dan padat.
Sentiasa melatih diri kita untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun lepas kerana kebanyak soalan-soalan peperiksaan diolah dan digubal melalui soalan-soalan tahun lepas
Jadikan guru sebagai rujukan utama kita di sekolah apabila menghadapi sebarang masalah mahupun untuk mendapat pendapat dan nasihat daripada nya
Jangan sesekali kita ponteng kelas, mahunpun tidak hadir kesekolah kecuali diatas sebab sakit kerana kita akan ketinggalan dalam pelajaran.
kerap mengunjungi Pusat Sumber Sekolah kerana pelbagai bahan rujukan disediakan disana malah suasana belajar di Pusat Sumber lebih tenang.
No comments:
Post a Comment